BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Minggu, September 06, 2009

Batuk

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas

Batuk bukanlah suatu penyakit. Batuk merupakan mekanisme pertahanan tubuh di saluran pernapasan dan merupakan gejala suatu penyakit atau reaksi tubuh terhadap iritasi di tenggorokan karena adanya lendir, makanan, debu, asap dan sebagainya.

Batuk terjadi karena rangsangan tertentu, misalnya debu di reseptor batuk (hidung, saluran pernapasan, bahkan telinga). Kemudian reseptor akan mengalirkan lewat syaraf ke pusat batuk yang berada di otak. Di sini akan memberi sinyal kepada otot-otot tubuh untuk mengeluarkan benda asing tadi, hingga terjadilah batuk.

Akut dan Kronis

Batuk dapat dibedakan menjadi dua jenis yaitu batuk akut dan batuk kronis, keduanya dikelompokkan berdasarkan waktu.

Batuk akut adalah batuk yang berlangsung kurang dari 14 hari, serta dalam 1 episode. Bila batuk sudah lebih dari 14 hari atau terjadi dalam 3 episode selama 3 bulan berturut-turut, disebut batuk kronis atau batuk kronis berulang.

Batuk kronis berulang yang sering menyerang anak-anak adalah karena asma, tuberkolosis (TB), dan pertusis (batuk rejan/batuk 100 hari). Pertusis adalah batuk kronis yang disebabkan oleh kuman Bordetella pertussis. Pertussis dapat dicegah dengan imunisasi DPT.

Penyebab batuk

Ada beberapa macam penyebab batuk :

  1. Umumnya disebabkan oleh infeksi di saluran pernapasan bagian atas yang merupakan gejala flu.
  2. Infeksi saluran pernapasan bagian atas (ISPA).
  3. Alergi
  4. Asma atau tuberculosis
  5. Benda asing yang masuk kedalam saluran napas
  6. Tersedak akibat minum susu
  7. Menghirup asap rokok dari orang sekitar
  8. Batuk Psikogenik. Batuk ini banyak diakibatkan karena masalah emosi dan psikologis.

Mengenal dan merawat batuk

Oleh Noor Hasani Hashim
Pusat Racun Negara, USM

MINGGU ini kita membincangkan pula tentang bagaimana mengenai 'batuk' dan rawatannya. Untuk makluman kepada pembaca semua batuk bukanlah satu penyakit tetapi merupakan suatu tanda penyakit.

Terdapat tiga jenis batuk yang sering dihadapi oleh kebanyakan kita.

  1. Batuk berkahak disertai dengan gangguan pernafasan.
  2. Batuk tanpa kahak disertai dengan gangguan pernafasan.
  3. Batuk tanpa kahak dan tiada gangguan pernafasan.

Batuk jenis (1) dan (2) berkemungkinan juga tanda-tanda penyakit lelah yang tidak berterusan di mana tanda-tanda ini wujud semasa jangkitan virus pada saluran pernafasan. Batuk yang berlebihan terutama jenis batuk tanpa kahak dan tiada gangguan pernafasan, tidak hanya menyebabkan seseorang tidak selesa malah kekal kesakitan apabila batuk.

Merujuk kepada ketiga-tiga jenis batuk di atas ahli farmasi atau doktor akan dapat menentukan jenis ubat yang harus dan selamat digunakan.

Pada amnya, pengubatan sendiri oleh sesetengah individu dibuat tanpa mengetahui jenis batuk serta jenis ubat yang sepatutnya diambil.

Untuk makluman pengguna, tiada satu jenis ubat batuk yang dirumuskan boleh mengubat semua jenis batuk.

Oleh itu pengguna harus tahu jenis batuk yang dihadapi sebelum mengambil ubat.

Sekiranya seseorang mengalami batuk, adalah disarankan mendapat pemeriksaan doktor supaya dapat ditentukan jenis batuk dan jenis ubat yang harus diambil.

Senarai di bawah menunjukkan jenis batuk serta ubat yang perlu digunakan untuk rawatan:-

  • Drug-drug di dalam ubat gangguan pernafasan ialah efedrin, fenilefrin, nafazolin, oksilometazolin, fenilpropanolamin, pseudoefedrin dan zilometazolin.

    Kumpulan drug ini akan bertindak balas dengan otot saluran tenggorok dan akan mengembangkan saluran tersebut.

  • Drug-drug dalam ubat, mengeluarkan kahak ialah ammonium klorida, guaifenesin, kalium guaiakolasulfonat, terpin hidrat dan "beechwood creosote."

    Kumpulan drug ini akan bertindak balas dan mencairkan kahak serta merangsangkan batuk bagi mengeluarkan kahak.

  • Drug-drug di dalam ubat meredakan batuk ialah dekstromethorfan, difenhidramin hidroklorid dan noskapin hidroklorid.

Kekerasan batuk

Kumpulan drug ini berfungsi bagi mengurangkan kekerasan batuk, terutamanya bagi batuk tanpa kahak dan tiada gangguan pernafasan.

Biasanya akan bertindak di pusat batuk di otak dengan mengurangkan frekuensi batuk.

Jadual jenis drug yang terdapat dalam sediaan ubat batuk.

Meredakan Batuk:
Nama Drug Dos DewasaDos Kanak-kanak
Dekstrometofan10-20mg setiap 4-6 jam 6-12 tahun: 5-10mg setiap 4-6 jam
2-6 tahun: 2.5-5 mg setiap 4-6 jam
Difenhidramin10-20mg setiap 4-6 jam 6-12 tahun: 5-10 mg setiap 4-6 jam atau 15mg setiap 6-8 jam
2-6 tahun: 2.5-5mg setiap 4-6 jam atau 7.5mg setiap 6-8 jam
Defenhidramin Hidroklorida25mg setiap 4 jam 6-12 tahun: 12.5mg setiap 4 jam
2-6 tahun: 3.75-7.5mg setiap 4 jam
Mengeluarkan Kahak
Ammonium Klorida300mg setiap 2-4 jam 6-12 tahun: 150mg setiap 2-4 jam
2-6 tahun: 75mg setiap 2-4 jam
Guaifenesin200-400mg setiap 4 jam 6-12 tahun: 100-200mg setiap 4 jam
2-6 tahun: 50-100 mg setiap 4 jam.

Setiap drug utama di atas dirumus dan dicampur dengan bahan-bahan lain seperti pemanis, pewarna, pengawit, perasa dan penstabil.

Walau bagaimanapun, terdapat juga lebih dari satu drug dirumuskan dalam satu sediaan jenis ubat bagi menyesuaikan dengan jenis penyakit.

Kandungan dos yang disarankan juga adalah selamat dan berkesan bagi sediaan di atas kaunter seperti ubat dan berkesan bagi sediaan di atas kaunter seperti ubat demam, batuk, alahan, antiasma dan bronkodilator.

Sebelum seseorang mengambil atau meminum ubat yang mengandungi drug-drug di atas, haruslah mendapat nasihat dan seliaan doktor, terutamanya bagi kanak- kanak yang berumur di bawah 2 tahun.

Pesakit juga mesti mengamalkan pengambilan ubat secara betul untuk jenis penyakit yang betul dalam dos yang betul melalui saluran yang betul pada masa yang betul.

Ubat dirumus sebagai penawar untuk menyembuh penyakit tetapi ubat juga boleh menjadi racun sekiranya pengambilannya tidak betul.

Sesiapa yang ingin mendapatkan naskhah percuma buletin umum dari Pusat Racun Negara sila hantar sampul surat (6" x 9") bersetem 40 sen dan beralamat sendiri kepada Pengarah, Pusat Racun Negara, USM, 11800 Minden, Pulau Pinang.

0 komentar: